Pelancongan Daerah Baling

Nikmati keindahan Alam Semulajadi dengan tempat-tempat menarik di Daerah Baling

"BERSIH, BAHAGIA, BERDAYA HUNI"

Air Panas Ulu Legong

Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia.
Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta mereka menyukai aktiviti lasak,
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak Tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari Pekan Baling.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas berperingkat sesuai untuk semua peringkat umur serta sesuai kepada mereka yang menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat untuk mencari ketenangan serta jauh dari hiruk pikuk kota. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga meyediakan udara yang segar dan nyaman serta jauh dari sebarang pencemaran udara dan alam sekitar.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

Perkhidmatan Yang Disediakan


KOLAM MANDIAN

Kolam mandian air panas semulajadi disediakan mengikut pilihan kategori yang sesuai untuk semua kategori pengunjung yang datang.

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti lasak boleh dilakukan dan menikmati kesegaran air terjun semulajadi, berakit dan berkayak menjadikan satu pengalaman yang berharga.

ALAM SEMULAJADI

Nikmati kehijauan flora alam semulajadi yang aman, damai dan menyegarkan, jauh dari hiruk pikuk kota untuk mendapatkan ketenangan bersama keluarga.

Kolam Mandian Air Panas Yang Disediakan

Menyediakan Pelbagai Kategori Kolam Mandian Air Panas.

Kolam Utama

 

Kolam utama membekalkan sumber air panas kepada kolam-kolam yang lain. Berkeluasan 544.70 mps dan merupakan kolam yang terbesar. Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kolam ini kerana suhunya mencecah darjah kepanasan 50' C. Para pengunjung dapat melihat sumber mata air panas yang keluar di celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam ini. Tahap kedalaman kolam ini ialah 1.6 meter.

Kolam Dewasa

 

Kolam yang sesuai untuk pengunjung yang datang berkeluarga atau pun berkumpulan. Pihak pengurusan menyediakan 4 buah kolam yang berkeluasan 400mps.Kadar kedalaman kolam diantara 1.3-1.6 meter dengan suhu mencecah 40'C. Para pengunjung dapat merendamkan kaki dengan selesa dan akan merasai khasiat rendaman di dalam air panas semulajadi.

 

Kolam Wanita

 

Kolam ini dikhaskan untuk pengunjung wanita yang tidak selesa untuk mandi di kolam dewasa. Penghadang diwujudkan bagi menghalang pandangan orang ramai.

 

 

Kolam Kanak-Kanak

 

Kolam ini berkeluasan 148.17 mps dan suhu maksimum bagi kolam ini ialah 39'C. Kadar kedalaman kolam ini ialah 0.5-0.6 meter dan sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Kanak-kanak yang mandi di kolam ini perlu diawasi oleh ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Hubungi Kami

+6019-571 1024

04-473 1024

prapul [at] mdbaling [dot] gov [dot] my