Kemudahan Disediakan

KOLAM MANDIAN AIR PANAS

Terdapat 9 kolam disediakan dengan kepanasan yang berbeza. Dengan mandian di kolam air panas semulajadi yang tersedia untuk anda mengikut pilihan kategori iaitu kolam dewasa, kolam kanak-kanak, kolam wanita dan merasi kepanasan air panas kolam induk.

TAPAK PERKHEMAHAN

Kami menyediakan  tapak perkhemahan berdekatan dengan kolam mandian air panas dan anak sungai yang sesuai untuk tujuan berkhelah. Di sini merupakan salah satu pilihan yang ideal untuk seisi keluarga beriadah dan melakukan aktiviti dan bersantai bersama rakan-rakan.

KEMUDAHAN LAIN

Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti Tempat Letak Kenderaan, Surau, Outdoor Gym, Tandas Awam / Bilik Persalinan, Tapak BBQ dan Medan Selera.

Hubungi Kami

  • PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG, 09100 BALING KEDAH DARUL AMAN.
  • TEL : 604-472 1548, 604-473 1024/1025
  • FAKS : 604-473 1026
  • E mail : prapul@mdbaling.gov.my