›
MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PUSAT SETEMPAT MDB KALI 3/2010
[Klik
untuk tarikh-tarikh Mesyuarat JK OSC]Tarikh : 11hb FEBRUARI 2010
(AHAD)Masa : 09.30 pagiTempat : Pejabat
Daerah Baling
Agenda :
1. Aluan Pengerusi;2.
Pembentangan Laporan
Pemantauan Projek MDB (Portal OSC); (Status & Kewangan).
3.
Mengesahkan Minit Mesyuarat J/Kuasa Tetap Pusat Setempat Kali
8/2009;4.
Pembentangan Kertas Perakuan Permohonan Projek Baru;5.
Hal-Hal Lain;›
BORANG DAN
SENARAI SEMAK AGENSI TEKNIKAL LUARAN [sila
klik borang untuk muat turun dalam format pdf]JABATAN KERJA RAYA (JKR)- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Kebenaran Merancang -
Borang ATJ 03/85 Pindaan06/2008[03]- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Jalan dan Parit -
Borang ATJ 03/85 Pindaan06/2008[04]- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Kerja Tanah -
Borang ATJ 03/85 Pindaan06/2008[05]JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN (JPS)- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Kebenaran Merancang -
Borang Annex A- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Jalan dan Parit -
Borang Annex B- Senarai Semakan Dokumen
Permohonan Pelan Kerja Tanah -
Borang Annex CJABATAN ALAM SEKITAR (JAS)- Borang Penapisan Awal Untuk
Pembinaan Kilang Baru -
Borang AS PAT* Semua senarai semak dan borang
serta dokumen perlu dikemukakan semasa Permohonan Kelulusan Kebenaran Merancang
ke kaunter OSC MDB.›
PORTAL OSC
KINI KE VERSI 3Portal telah ditingkatkan ke
versi ketiga. Justeru, proses pengisian data terdapat berubah sedikit. Manual
tambahan kepada perubahan Portal OSC versi 3 boleh dicapai selepas login. URL
baru adalah : http://www.epbt.gov.my/osc›
AHLI
BARU MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP OSCBerdasarkan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa OSC Bil. 2/2009 dan selaras keputusan Mesyuarat Majlis Negara Bagi
Kerajaan Tempatan Ke-60, Pihak Majlis bersetuju melantik dua (2) agensi teknikal
yang baru sebagai ahli Jawatankuasa Tetap OSC berkuatkuasa serta merta.1. Pegawai Suruhanjaya
Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM); dan2. Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Perbersihan Awam (Wakil Pengarah Negeri Kedah).Sehubungan itu, Urus setia OSC
perlu menjemput pegawai-pegawai tersebut untuk menghadiri mesyuarat jika
terdapat perkara yang berkaitan.›
tuan haji ahmad fisol kini ydp baru mdbTuan
Haji Ahmad Fisol kini dilantik menerajui Majlis Daerah Baling
bermula berkuatkuasa 1 Disember 2008. Ia bagi menggantikan Yang
Dipertua sebelum ini (Tuan Haji Noh) yang kini bertugas di KUIN,
Kedah. Beliau yang sebelum
ini Yang Dipertua Majlis Daerah Yan juga dilantik menerajui Pejabat
Daerah Baling sekaligus memegang dua jawatan tertinggi di daerah
ini. Beliau juga meminta kerja sama yang padu daripada semua
kakitangan majlis dalam meneruskan usaha memajukan Daerah Baling.
Petikan dalam ucapan ringkas beliau di Majlis Pepisahan Tuan Haji
Noh, Persaraan Tuan Haji Che Zan dan Majlis Kenduri Korban yang
diadakan serentak di Dewan Tun Abdul Razak (Baru). Semoga beliau
akan terus-menerus mempunyai idea dan perancangan yang baik untuk
pembangunan Daerah Baling. ›
penggunaan cop ahli lembaga perancang bandar malaysiaBagi
melaksanakan fungsi di bawah
subseksyen 8(d) dan (e) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] ,
Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia telah menetapkan
bahawa;1. Setiap perancang bandar
profesional hendaklah mempunyai cop pengenalan diri sebagai
Perancang Bandar Berdaftar;2. Setiap pelan yang dikemukakan
dalam permohonan Kebenaran Merancang hendaklah dicop 'hidup'
menggunakan cop yang ditetapkan dan bukannya cetakan komputer;3. Hanya cop Lembaga Perancang
Bandar Malaysia digunakan didalam permohonan Kebenaran Merancang;
dan4. Tarikh kuatkuasa penggunaan cop
tersebut adalah mulai 1 April 2008.Semua pemohon atau pemaju perlu
mengambil perhatian mengenai perkara ini dan
kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tersebut
tidak diproses dan dikembalikan.›
SISTEM
STAR RATING PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SSR - PBT)KPKT kini sedang di dalam proses
penilaian dan penggredan PBT (Sistem
Star Rating
PBT) berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.Pelaksanaan
Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) bagi
menggredkan tahap prestasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam
pelaksanaan dasar-dasar ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian
perkhidmatan.SSR-PBT adalah selaras dengan
hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian
perkhidmatan PBT kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT
dijangka akan bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang
diberikan lebih efisien dan berkualiti.SSR-PBT ini juga akan dapat
mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT seterusnya
meningkatkan imej PBT. Di samping itu, SSR-PBT diharap dapat
menangkis cabaran-cabaran mengenai penglibatan rakyat dalam
pentadbiran PBT.Di Majlis Daerah Baling, SSR-PBT
akan dibuat pada 20 Oktober 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat MDB. 4
orang panel akan melaksanakan star rating terhadap
kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan.