Hutan Lipur Lata Bukit Bayu

Lata Bayu Terletak kira-kira 15 km dari Pekan Baling, Lata Bayu Asam Jawa sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu dan musim cuti persekolahan.  Keunikan dan keindahan pemandangan alam semula jadi yang mengasyikkan di sekitar hutan itu serta deruan air sungai yang jernih lagi nyaman menambat pengunjung.  Pusat riadah yang dibina menggunakan konsep tradisional kelihatan menarik dan bersesuaian sebagai tempat perkelahan. Keindahan dan ketenangan Lata Bayu memang menjadi perbualan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar bagi mencari ketenangan fikiran terutama insan seni serta ahli sastera dan budaya. Pengunjung yang datang bersama keluarga boleh memilih untuk berkelah di beberapa sudut yang sesuai apatah lagi di bawah pokok dan boleh memasang buaian.  Kawasan perkelahan ini turut sesuai untuk program motivasi kerana ia agak tenang dan mendamaikan.